Friday, 13 June 2014

CONTOH TEKS PENGERUSI MAJLIS

(Dwibahasa Melayu- Inggeris)

Majlis Penutupan Perkhemahan Bahasa Inggeris
SMKA Kuala Selangor.

KETIBAAN


Mengumumkan ketibaan En Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad masuk ke dalam dewan.



Announcing the arrival of En Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad to enter the hall.


Seterusnya, para hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.


Please rise to honour the National Anthem.


Para hadirin dipersilakan duduk.


All audiences may be seated.

SALUTASI/ SALUTATION






















ALUAN PENGERUSI

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
ALHAMDULILLAHI RABB AL-ALAMIIN WASSOLATU WASALA MU ‘ALA ‘ASROFIL ANBIYAA E WALMURSALIN, WA’ALAA AAA LIHI WASOHBIHI AJMAEEEN.
RABBISHROHLI SODRI, WAYSSIRLI AMRI, WAHLUL UQDATAN MINLISAANI YAFQOHUU QAULI…

Yg. Dihormati,
En Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad
Koordinator Diploma Bahasa Inggeris
University Pendidikan Sultan Idris

Yg Berusaha,
Puan Hjh Hamidah Binti Ghazali
Pengetua SMKA Kuala Selangor

Puan Mazyani Bt Mat
Pensyarah English Language Camp Management,

Guru- guru SMKA Kuala Selangor,

Encik Calvin Woo Yoong Shen
Pengarah Program English Camp,

Fasilitator- Fasilitator Serta Para Pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamu’alaikum wrt wbt
Selamat petang dan salam sejahtera ,
Hadirin yang dihormati,
Bersyukur kita ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul dalam majlis yang begitu bermakna ini.

ARAK-ARAK KELAPA PUAN 
TIDAK PUAN KELAPA BALI 
HARAP HATI KEPADA TUAN  
TIDAK TUAN SIAPA LAGI      

Bagi pihak Penganjur, Majlis berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada sidang hadirin ke Majlis perasmian penutupan Kem Bahasa Inggeris anjuran pelajar Diploma Bahasa Inggeris Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama SMKA Kuala Selangor.
Majlis juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad, Koordinator Program Diploma Bahasa Inggeris kerana sudi bersama kita pada hari ini.


We would like to extend a warm welcome to all the distinguished guests and participants to the closing ceremony of English Language Camp organized by Diploma In English students in collaboration with SMKA Kuala Selangor.

We also would like to express our most gratitude to the Coordinator of Diploma In English programme, Encik Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad to be here with us today.

BACAAN DOA
Seterusnya, bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara___________________________________ untuk mengetuai bacaan doa.

We would like to invite _______________________________ to lead the prayer.

Terima kasih diucapkan kepada saudara  ______________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.


Thank you ________________________________ for the prayer recitals.

MONTAJ
Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan montaj yang telah disediakan sepanjang 2 hari program ini berlangsung. Selamat menonton.


Next, let us watch the montage for this 2-day programme. Have a pleasant view.

LATARBELAKANG

Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian, kem ini merupakan salah satu tugasan yang diberikan kepada pelajar Semester 3, Diploma Bahasa Inggeris bagi kursus BIK1263 Pengurusan Kem Bahasa Inggeris. Program ini telah ditaja oleh:

·         Fakulti Bahasa & Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah
·         Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
·         IM4U
·         Proton Holdings Bhd

BACKGROUND

For your information, this camp is intended to meet the requirement for BIK1263 English Language Camp Management course, UPSI. This programme is sponsored by:

·         Mayor of Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
·         Faculty of  Languages & Communication Sultan Idris Education University
·         IM4U
·         Proton Holdings Bhd

UCAPAN PENGARAH PROGRAM
Seterusnya majlis menjemput Saudara Calvin Woo, selaku Pengarah Program Kem Bahasa Inggeris bagi menyampaikan sepatah dua kata.


Next, we would like to invite the Programme Director of English Language Camp, Mr. Calvin Woo, to give a speech.


Terima kasih kepada Saudara Calvin Woo.


Thank you Mr. Calvin Woo Yoong Shen.



UCAPAN PENGETUA
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Puan Pengetua SMKA Kuala Selangor, Puan  Hajah Hamidah Ghazali selaku tuan rumah untuk naik ke pentas untuk memberikan ucapan.
.

Next, we would like to invite Puan Hajah Hamidah Ghazali, Principal of SMKA Kuala Selangor to deliver her speech.


Terima kasih diucapkan kepada  Puan Pengetua.


Thank you Puan hajah Hamidah Ghazali

UCAPAN WAKIL FAKULTI

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Seterusnya, tanpa melengahkan masa majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad selaku Wakil Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis ini.

Without further ado we would like to call upon the representative from the Faculty of Languages and Communication Universiti Pendidikan Sultan Idris Mr Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad to deliver his speech and officiate this ceremony.
Please welcome.


Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Zainuri atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.


Thank you to Mr. Ahmad Zainuri for the speech.

PERSEMBAHAN (ROLE PLAY)


Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, sama-sama kita saksikan satu persembahan ( roleplay ) dari para pelajar SMKA Kuala Selangor.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan kumpulan ________________________ naik ke pentas.



To enliven our ceremony today, a group of students from SMKA Kuala Selangor will be doing a role play.


Terima kasih diucapkan kepada kumpulan _____________ di atas persembahan sebentar tadi


Thank you to group__________for the marvellous performance just now.

PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin Sekalian,
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Majlis menjemput En. Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad sambil diiringi oleh Pengarah Program Saudara Calvin Woo bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Next, we continue with the prize giving ceremony for the winners.

Hence, we would like to invite Mr. Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad accompanied by Programme Director Calvin Woo to give away the prizes for the winners.


Dipersilakan… (rujuk senarai pemenang)

Please welcome…

Dijemput _________________ mewakili para pelajar untuk menerima sijil.


We would like to invite ___________________________ to receive the certificate of attendance.

Penyampaian Cenderamata
Majlis seterusnya menjemput  Puan Pengetua SMKA Kuala Selangor, Puan  Hajah Hamidah Ghazali untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

We would like to invite the Principal of SMKA Kuala Selangor, Puan  Hajah Hamidah Ghazali to receive a token of appreciation from the university.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Calvin Woo menyampaikan cenderahati kepada En Ahmad Zainuri Loap Ahmad di atas kesudian merasmikan majlis kita pada hari ini.

We would like to invite Mr Calvin Woo to give away a token of appreciation to Mr Ahmad Zainuri Loap Ahmad.

Terima kasih diucapkan kepada En Ahmad Zainuri di atas kesudian menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para peserta kem.

Thank you Mr Ahmad Zainuri for giving away the prizes to the participants.
PENUTUP


Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah  majlis kita pada hari ini.  Semoga program yang dijalankan dapat memberikan impak positif kepada setiap pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Marilah kita menutup majlis dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al asr.
Dengan ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan Assalamu alaikum.
Diminta para hadirin tunggu sebentar bagi sesi fotografi.

CLOSING


With this, our ceremony has come to an end.
Hopefully the programme can provide a positive impact on everyone involved directly or indirectly.
Let us close our ceremony with tasbih kifarah and surah al asr.
With this, we thank you.
Ladies & Gentlemen, please stay back for the photography session.




No comments:

Post a Comment