(Suci, Bersih, Indah)
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Penguasa Alam, serta selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Apa yang menyebabkan hati saya terpanggil untuk menulis artikal ini adalah peristiwa- peristiwa yang berkaitan dalam kehidupan saya. Apabila kita berbicara mengenai kebersihan, pasti ramai dalam kalangan kita yang lebih sukakan kebersihan. Namun, mana mungkin kebersihan itu dapat dilaksanakan tanpa kesedaran yang sepatutnya ada dalam diri setiap diri yang bernama manusia. Mengimbau kembali peristiwa yang benar- benar mengganggu pemikiran saya ketika melihatnya, ketika saya sedang berada di pondok perhentian bas. Telatah tiga orang wanita berbangsa India yang membuang pembalut gula- gula yang sudah dimakan amat memanggil diri saya untuk berbicara mengenai kebersihan. Ya, sememangnya tempat tersebut sudah sememangnya kotor dan terdapat banyak sampah di situ. Persoalannya, apakah tidak disediakan tong sampah di tempat tersebut? Jawapannya, ada. Warga yang saya lihat sebagai tidak cakna ini seharusnya peka dan memulakan persekitaran baik dengan dirinya sendiri. Sekiranya bukan kita yang memulakan untuk membuang sampah pada tempat yang betul, siapa lagi? Saya ambil dialog daripada filem Queens of Langkasuka sebagai contoh yang berbunyi, "Let the cycle stops at you,". Apa yang dimaksudkan adalah biarkan kitaran buruk itu berhenti pada diri kita dan kita sewajarnya memulakan contoh yang baik. Bagawan Dwija dalam artikalnya Pola Hidup Bersih dan Sihat Ditinjau dari Perspektif Hindu menyatakan "bahawa Pola Hidup Bersih dan Sehat pada aspek skala dapat digambarkan sebagai kebersihan dan kesehatan diri (fisik) serta kebersihan dan kesehatan lingkungan,". Teks ini bermaksud untuk mendapatkan kesihatan hidup yang dihajati, kebersihan sangatlah dititikberatkan.
Situasi kedua yang menarik perhatian saya adalah ketika saya sedang menunggu bas bersama- sama dengan rakan- rakan saya sehabis kuliah. Rakan saya dengan sewenang- wenangnya membuang lidi pencucuk sate yang sudah habis ke dalam longkang dengan alasan longkang tersebut sudah sedia kotor. Sebagai seorang Muslim, tidak perlu dibicarakan mengenai tatacara dan moral kerana Islam itu teramatlah lengkap dalam mengupas adab- adab terhadap makhluk dan alam sekitar. Hadis Nabi yang bermaksud
"Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Bukan sekadar hadis berkenaan yang menceritakan mengenai peripentingnya kebersihan dalam kehidupan sebagai hamba Allah, malah Allah sendiri berfirman di dalam Al- Quran yang bermaksud
“Telah tampak kerusakan di darat dan di laut , di sebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
Katakanlah : ”adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu.kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan”
(QS Ar-Rum , 30:41-42)
(QS Ar-Rum , 30:41-42)
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa kerosakan di muka bumi ini sememangnya berpunca daripada kejahilan dan kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Warga pada hari ini kebanyakannya hanya bergantung kepada tukang cuci yang dibayar gaji untuk melakukan kerja- kerja pembersihan. Namun perlu timbul tanda tanya di dalam hati dan akal manusia di manakah sifat fitrah manusia itu sendiri yang menyukai dan mencintai kebersihan?
Fikir- fikirkan.
Dari hamba untuk hamba.
No comments:
Post a Comment